Lawatan oleh Pengarah Kanan, FAMA

Intan's Oven telah menerima lawatan oleh Pengarah Kanan (Produk Proses) FAMA, En. Mansor Omar ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it ) pada 20 hb Januari yang lalu.  Lawatan dilakukan bagi meninjau perkembangan IKS bimbingan FAMA Pahang. Lawatan itu juga telah memberi kesempatan kepada En. Mansor untuk melihat kemajuan kedai K-Shoppe @ Intan's Oven yang merupakan antara  K-Shoppe yang terawal dilantik oleh FAMA dalam usaha untuk memasarkan produk IKS tempatan yang berasaskan pertanian.

{highslide}sany0712a.jpg{/highslide}

Intan's Oven amat mengalu-alukan inisiatif pihak atasan FAMA untuk turun ke padang bagi memantau perkembangan dan berbincang sendiri dengan pengusaha IKS bimbingan FAMA.  Usaha ini selari dengan konsep "Penglibatan Pihak Pengurusan" atau "Management Involvement" dalam operasi IKS tempatan.

{highslide}sany0713a.jpg{/highslide}

Interaksi secara langsung di antara pihak pengurusan FAMA dengan usahawan asas tani tempatan akan mampu menggalakkan lagi pertumbuhan industri asas tani.  Ini adalah kerana usaha ini akan memudahkan pihak pengurusan FAMA untuk memahami permasalahan yang dihadapi oleh usahawan asas tani seterusnya membolehkan FAMA membuat perancangan yang lebih tepat mengenai bentuk bantuan dan sokongan yang perlu disalurkan.

{highslide}sany0714a.jpg{/highslide}

Pihak pengurusan Intan's Oven telah mengambil peluang dengan membincangkan isu-isu berbangkit dengan pihak FAMA serta membentangkan cadangan-cadangan bagi meningkatkan perniagaan Intan's Oven seterusnya membolehkan bantuan lanjut dalam usaha memasarkan keluaran IKS berasaskan pertanian.