Intan's Oven telah meningkatkan kempen pengiklanan bagi memperkenalkan produk utama kami, 'chocolate chip cookies'. Iklan Intan's Oven akan disiarkan dalam tiga majalah utama keluaan Karangkraf iaitu NONA, MIDI & Mingguan Wanita. Iklan dalam Majalah NONA telah disiarkan bermula bulan Julai 2008 dan akan bersambung ke keluaran akan datang. Iklan dalam majalah MIDI dan Mingguan Wanita akan disiarkan mulai keluaran bulan Ogos ini.Kami harap dengan adanya iklan ini, para pelanggan yang kami hargai akan dapat berkongsi maklumat produk kami dengan rakan-rakan dan saudara mara terutama mereka yang mungkin sukar untuk mendapatkan maklumat mengenai kami melalui internet. Bagi agen pengedar pula, ini akan dapat memudahkan anda untuk menerangkan produk 'chocolate chip cookies' dari Intan's Oven dengan adanya gambar-gambar cookies yang lebih jelas dalam iklan kami di majalah Nona.
Namun begitu, kami akan amat berterima kasih sekiranya anda semua dapat memberikan maklum balas untuk program pengiklanan ini. Ini merupakan kali pertama Intan's Oven melakukan pengiklanan dalam majalah arus perdana. Kami akan sentiasa mencuba untuk memastikan yang terbaik untuk semua.
Nona Bulan Ogos...
| < Prev | Next > |
|---|